Pusat Baikpulih Sofa RSS menyediakan perkhidmatan upholstery, baik pulih sofa serta pembekalan perabot pejabat kepada pelanggan kediaman, sektor korporat dan agensi kerajaan. Kami juga menerima kerja upholstery komersial termasuk kerusi panggung wayang, auditorium dan perabot institusi.
Setiap kerja dibuat oleh tukang mahir dengan bahan upholstery pilihan, sesuai untuk kegunaan rumah, pejabat, panggung wayang, auditorium, korporat dan agensi kerajaan.
Tukar kain, span & struktur sofa lama supaya kelihatan dan rasa seperti baru.
Kerusi pejabat, kerusi makan, hingga kerusi butik — dijahit rapi mengikut spesifikasi.
Membekalkan kerusi pejabat, meja pejabat, kerusi banquet, kerusi menunggu, perabot institusi dan keperluan perabot mengikut spesifikasi pelanggan serta tender kerajaan.
Menyediakan upholstery untuk sofa, kerusi pejabat, kerusi restoran, kerusi hotel, kerusi klinik dan pelbagai perabot komersial mengikut spesifikasi pelanggan.
Membaik pulih, menukar fabrik, span dan kemasan upholstery untuk kerusi panggung wayang, auditorium, dewan, teater dan ruang persembahan.
Berpengalaman mengendalikan projek upholstery, pembekalan perabot dan kerja berkaitan bagi sektor kerajaan, korporat dan institusi dengan standard kerja yang konsisten dan berkualiti.
Proses yang mudah dan telus — anda tahu apa yang berlaku pada setiap peringkat.
WhatsApp gambar sofa/kerusi anda, atau datang terus ke kedai membawa gambar sofa untuk kami nilai.
Sebaik sahaja bersetuju, kami tetapkan tarikh untuk ambil sofa. Kami akan bawa sekali pilihan warna dan material — boleh pilih terus di rumah anda.
Sofa/kerusi dibawa balik ke bengkel untuk kerja upholstery. Tempoh proses antara 1--3 minggu, bergantung pada jenis dan saiz kerusi.
Sofa/kerusi yang telah siap dihantar semula ke rumah anda.
Sebahagian daripada sofa dan kerusi yang telah kami baikpulih untuk pelanggan di Melaka. Klik gambar untuk lihat lebih besar.
"Alhamdulillah sangat berpuas hati sofa jadi macam baru. Hasilnya, penerangan jelas dan memang hasil kerja orang yang berpengalaman dalam baik pulih sofa, tak sangka hasil kerja juga telah disiapkan dalam masa yang cepat."
"Fitmen Cushion siap dalam kurang daripada sejam. Servis memang terbaik, owner sangat ramah dan mesra pelanggan. Harga pun berbaloi serta sangat berpatutan. Sangat puas hati dengan servis yang diberikan. Highly recommended."
"Service terbaik, pantas, teliti dan berpengalaman dlm bidang sofa."
"Hasil kerja yg kemas & terbaik, teruskan dgn kerja yg bertambah bagus lg."
"Jahitan kemas, siap dalam masa 3 minggu."
"Very satisfied and fast results. The owner is very responsive and helpful. The sofa has changed to look new and beautiful. You can repeat next time."
"Service, delivery and results are the best. The sofa looks like new! The price is worth it, ready for another free gift. Very satisfied."
"I refurbished my 20+ year old sofa set with RSS and was very satisfied with the outcome. It was very affordable for a 1+2+3 seater and the service was outstanding. 10/10 would recommend!"
"Kain sofa cantik dan tebal. Jahitan sangat kemas."
Pusat Baikpulih Sofa RSS diasaskan pada tahun 2018 sebagai sebuah perniagaan berdaftar, namun pengalaman dalam bidang upholsteri telah bermula sejak tahun 2000 melalui legasi kemahiran keluarga. Sebagai syarikat milik Bumiputera, kami menyediakan perkhidmatan upholsteri, baik pulih sofa serta pembekalan perabot pejabat kepada pelanggan kediaman, sektor korporat dan agensi kerajaan dengan komitmen terhadap kualiti, ketelitian dan kepuasan pelanggan.
Kami sentiasa memberi tumpuan kepada hasil kerja yang kemas, penggunaan bahan berkualiti serta perkhidmatan yang profesional bagi memastikan setiap pelanggan menerima hasil yang terbaik.
Selain perkhidmatan baik pulih sofa dan upholstery, Pusat Baikpulih Sofa RSS turut membekalkan pelbagai jenis perabot pejabat, institusi dan komersial untuk sektor kerajaan, syarikat swasta serta organisasi. Skop kami turut merangkumi kerusi panggung wayang, auditorium, dewan dan ruang komersial.
Kami membantu pelanggan kediaman, syarikat, pejabat dan agensi kerajaan mendapatkan penyelesaian upholstery, baik pulih sofa dan perabot pejabat yang sesuai dengan keperluan.
Kemahiran upholsteri diwarisi melalui legasi keluarga dan diteruskan secara profesional oleh RSS.
RSS ialah syarikat milik Bumiputera yang komited menyediakan perkhidmatan profesional dan berkualiti.
Maklumat MOF dipaparkan untuk memberi keyakinan kepada pelanggan korporat dan agensi kerajaan.
Setiap kerja diberi perhatian dari segi potongan, jahitan, kemasan dan keselesaan penggunaan.
Proses lebih mudah untuk pelanggan dengan perkhidmatan ambil dan hantar mengikut kesesuaian lokasi.
Pelanggan boleh WhatsApp gambar sofa atau kerusi untuk semakan awal dan anggaran harga.
Kami menerima kerja untuk pelanggan rumah, pejabat, organisasi, institusi dan agensi kerajaan.
RSS turut membekalkan kerusi pejabat, meja pejabat, kerusi banquet dan perabot institusi.
Kami turut menerima kerja upholstery untuk kerusi panggung wayang, auditorium, dewan dan ruang persembahan.
RSS menyediakan perkhidmatan upholstery dan pembekalan perabot untuk pelbagai jenis ruang dan keperluan pelanggan.
Sofa rumah, kerusi makan, kusyen dan kerja baik pulih mengikut pilihan fabrik pelanggan.
Kerusi pejabat, ruang menunggu, sofa pejabat dan keperluan perabot komersial.
Upholstery kerusi, sofa, bench seating dan perabot komersial yang memerlukan kemasan tahan lasak.
Kerusi auditorium, ruang persembahan, dewan seminar dan kerusi institusi.
Kerja upholstery untuk kerusi panggung wayang termasuk fabrik, span dan kemasan tempat duduk.
Pembekalan perabot pejabat, kerusi banquet, kerusi menunggu dan perabot mengikut spesifikasi.
Kebiasaannya antara 1 hingga 3 minggu, bergantung kepada jenis, saiz dan skop kerja sofa atau kerusi.
Ya. Kami boleh bawa pilihan warna dan material semasa sesi pengambilan atau semakan kerja.
Ya. Kami turut membekalkan kerusi pejabat, meja pejabat, kerusi banquet, kerusi menunggu dan perabot institusi.
Ya. Kami menerima kerja upholstery kerusi panggung wayang, auditorium, dewan, teater dan ruang persembahan mengikut spesifikasi pelanggan.
Ya. RSS menyediakan perkhidmatan untuk pelanggan kediaman, syarikat, institusi dan agensi kerajaan.